Pages

Selamat Datang ke Blog Perkahwinan!!

Selamat membaca dan menambah ilmu pengetahuan anda =)
PENGUMUMAN 1. Tarikh akhir untuk anda menjawab soalan kuiz adalah pada 17 November 2011. 2. Jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke Majlis Perkahwinan Anak Pengetua pada hari Ahad 7.11.2011 bersamaan Hari Raya Haji=) 3. Perhatian kepada guru DPLI, kami akan menganjurkan KURSUS PERKAHWINAN PERCUMA pada 27-26 Nov 2011. Tempat terhad. Hubungi Cikgu Nadia (0125564126) 4. Kepada semua pelajar sila buat simulasi secara online yang telah dilampirkan di blog thefengsteachers.blogspot.com 5. Anda minat melancong? Layari blog http://www.gorgeouskoswer.blogspot.com/ untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai tempat-tempat menarik di Malaysia.

Walimatulurus

  • Maksud :
    • Kenduri / jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan.

  • Hukum Walimatulurus :
    • Sunat muakkad.

  • Adab Walimatulurus :
    • Diadakan secara sederhana dan tidak membawa kepada pembaziran serta bergolok gadai.
    • Tidak menimbulkan sifat riyak dan bangga diri.
    • Tidak mengandungi unsur-unsur maksiat dan khurafat seperti mengadakan upacara tepung tawar untuk menolak bala atau percampuran bukan mahram tanpa batas.

  • Hikmah Walimatulurus :
    • Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dapat membina rumahtangga.
    • Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan.
    • Tanda tahniah dan selamat kepada pasangan pengantin.
    • Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi suami isteri yang sah.

Tetamu Kenduri