Pages

Selamat Datang ke Blog Perkahwinan!!

Selamat membaca dan menambah ilmu pengetahuan anda =)
PENGUMUMAN 1. Tarikh akhir untuk anda menjawab soalan kuiz adalah pada 17 November 2011. 2. Jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke Majlis Perkahwinan Anak Pengetua pada hari Ahad 7.11.2011 bersamaan Hari Raya Haji=) 3. Perhatian kepada guru DPLI, kami akan menganjurkan KURSUS PERKAHWINAN PERCUMA pada 27-26 Nov 2011. Tempat terhad. Hubungi Cikgu Nadia (0125564126) 4. Kepada semua pelajar sila buat simulasi secara online yang telah dilampirkan di blog thefengsteachers.blogspot.com 5. Anda minat melancong? Layari blog http://www.gorgeouskoswer.blogspot.com/ untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai tempat-tempat menarik di Malaysia.

Mahar

  • Maksud Mahar :
    • Suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah.

    • Hukum Mahar :
      • Wajib 

      • Jenis Mahar :
        • Mahar musamma
          • Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
        • Mahar misil
          • Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan pihak isteri. 

        • Kadar Mahar :
          • Islam tidak menetapkan kadar mahar.
          • Ia bergantung kepada persetujuan dan budi bicara kedua belah pihak bakal suami dan isteri.
          • Kedudukan isteri dan suami diambil kira sebagai asas penentuan. 

          • Hikmah Kadar Mahar Tidak Ditetapkan Oleh Islam :
            • Membolehkan pihak suami dan isteri berbincang mengenai kadar yang sesuai dan berpatutan.
            • Islam tidak mahu membebankan umatnya dengan menetapkan perkara yang diluar kemampuan dan taraf umatnya.
            • Islam mahu umatnya mengamalkan sifat kesederhanaan dan berbelanja mengikut kemampuan masing-masing. 

            • Syarat - Syarat Mahar :
              • Harta yang bernilai.
              • Bukan harta rampasan.
              • Bersih dan halal.
              • Kadar dan jenis disebut dengan jelas. 

              • Hikmah Diwajibkan Mahar :
                • Melahirkan keikhlasan suami dan isteri atas perkongsian hidup bersama.
                • Sebagai tanda kesanggupan suami untuk membina rumahtangga.
                • Sebagai persiapan pertama bagi suami unuk memikul tanggungjawab memberikan nafkah kepada isteri.
                • Memuliakan dan mengiktiraf kedudukan kaum wanita.

              No comments:

              Post a Comment

              Tetamu Kenduri